Monday 14 November 2011

MARANG

ASAL USUL...


Pelbagai cerita dan dongeng dikaitkan dengan asal usul nama daerah Marang ini, di antaranya yang menarik nya ialah dipercayai ianya berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang sangat terkenal pada masa dulu. Peniaga ini dipanggil Ma dan beliau tinggal di kuala sungai. Diceritakan beliau adalah seorang pengusaha hasil laut yang di keringkan seperti ikan dan sotong. Pada masa itu di kediaman beliau di terdapat banyak tempat jemuran hasil -hasil laut tadi yang dipanggil "rang" oleh penduduk tempatan. Dipercayai oleh kerana banyak nya "rang" itu dan terkenal nya pengusaha cina yang bernama Ma tadi maka terbitlah nama Marang yang sehinga kini diguna pakai.

 

 Sejarah pentadbiran daerah Marang pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar ( 1839 - 1876 M ). Ia diketuai oleh pembesar - pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al-Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai ( river districts ). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu Puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka adalah bertanggungjawab menjalankan pemtadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu - penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepada kampung - kampung tertentu sahaja.


Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah oleh pembesar - pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai ( river districts ). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan ' river districts ' yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.
 


Pada tahun 1923 ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Penasihat British yang pertama di Terengganu iaitu J.L. Humphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu. Kuala Berang dan Marang diletakkan di bawah Jajahan Tengah dengan pusat pentadbirannya di Kuala Terengganu. Daerah - daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah Jajahan timur dengan pusat pentadbirannya di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan dibawah Jajahan Barat dengan pusat pentadbirannya di Kampung Raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang Pesuruhjaya dengan dibantu oleh Penolong Penasihat British dan Pegawai Daerah masing - masing.

Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, Bangunan Pejabat Daerah Marang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan kepada model Pejabat Daerah Johor. Berdasarkan maklumat lisan, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang. Pegawai - pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat mereka ialah
  • Y.M. Tengku Chik Haji
  • Encik Ali B. Mohamad
  • Y. Bhg. Dato' Pahlawan ( Encik Taib )
  • Y.M. Tengku Zainal ( Tengku Aria )
  • Y.M. Tengku Sulong B. Ali ( Tengku Lela Segera )



Thursday 27 October 2011

Pakat cari lagu sini...

Search, Download and Play Free MP3 Music on Android

Tip-tip agar hilang mengantuk di pejabat



•  Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.
• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)
• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.
• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya
• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan   dsb)
• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.
• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.
• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.
• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)
• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.
Jika semua ini maih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai)

Haiwan Modified





































keputusan & Jadual Perlawanan Liga BBVA